IeCLH2020: International e-Colloquium in Language and Humanities

PBI telah berjaya menganjurkan IeCLH2020: International e-Colloquium in Language and Humanities pada 9 Disember 2020Kolokium ini adalah kolokium antarabangsa ke-2 yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI). Kolokium antarabangsa ke-1 diadakan pada: 27 September 2017 di PBI UMK Bachok dan dikenali sebagai Kolokium Serantau. Kolokium Serantau ini diikuti oleh 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan iaitu 6 kertas kerja daripada Malaysia dan 6 kertas kerja daripada Indonesia.

Objektif IeCLH2020 ini bertujuan untuk perkongsian pengetahuan dalam bidang penyelidikan berkaitan kemanusiaan dan bahasa dengan ahli akademik di rantau Asia Tenggara. Selain itu, objektif program ini untuk menonjolkan kepakaran staf akademik PBI di peringkat antarabangsa. Objektif terakhir program ini adalah untuk meningkatkan penerbitan ilmiah di PBI.

Kolokium antarabangsa ke-2 ini bernama: IeCLH2020: International e-Colloquium in Language and Huanities, dengan tema kolokium kali ini adalah Establishing Knowledge Network for Society Empowerment. Kolokium IeCLH2020 ini diikuti oleh 42 peserta daripada 4 negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Thailand. Sebanyak 9 kertas kerja dihantar daripada luar negara dan 33 kertas kerja daripada UMK dan IPTA serta IPTS di Malaysia. Kolokium ini dilaksanakan secara atas talian (online) dan dibuka serta dirasmikan oleh Pengarah PBI, Dr. Burhan Bin Che Daud. Program IeCLH2020 ini dilaksanakan di bawah pejabat Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah) PBI. Program ini diketuai oleh Dr. Mohd Kamil Bin Ahmad, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemanusiaan (JSK). Pembentangkan dalam kolokium IeCLH 2020 ini dibahagikan menjadi 2 kumpulan iaitu kumpulan bidang Bahasa dan bidang Kemanusiaan. Hasil kolokium ini berupa buku abstrak yang seterusnya artikel yang dibentangkan ini akan diterbitkan dalam Jurnal Insaniah, PBI sebagai edisi khas 2021 nanti, dan juga akan diterbitkan dalam bentuk bab dalam buku (e-book).